Skip to main content

Notis Privasi Boost Bank Berhad

English | Bahasa Malaysia 

Dikemaskini 18 Ogos 2025

Boost Bank Berhad (No. Pendaftaran: 202301007223 (1501144-T)) dan ahli kumpulan syarikatnya di Malaysia (dirujuk sebagai “Boost”, “kami” atau “kita”) komited untuk melindungi data peribadi dan data peribadi sensitif pelanggan kami, pelanggan perniagaan, rakan perniagaan, pembekal, pelawat, pemohon, calon, benefisiari, serta individu yang bekerja untuk atau bertindak bagi pihak pelanggan, pelanggan perniagaan, rakan perniagaan, pembekal, pelawat, pemohon, calon dan benefisiari tersebut (secara kolektif dirujuk sebagai “subjek data”) yang telah dikemukakan kepada kami. Di Boost, privasi adalah keutamaan kami. Semua aktiviti kami berpaksikan prinsip T.R.U.S.T., iaitu: Transparensi, penghormatan terhadap Rights (Hak) anda, penggunaan (Use) data peribadi dan data peribadi sensitif secara bertanggungjawab, amalan Security (Keselamatan) yang kukuh, serta ketelitian dalam Transfer (Pemindahan) data.

Notis Privasi ini (“Notis Privasi”) menerangkan jenis data peribadi dan data peribadi sensitif yang kami kumpul serta proses (sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) termasuk pindaan, undang-undang subsidiari, perintah dan piawaian berkaitan), tujuan serta kaedah pemprosesannya, sumber data (jika ada), pihak-pihak yang mungkin menerima pendedahan data, cara untuk mengakses serta mengemaskini data anda, dan di mana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif anda. Sekiranya anda memberikan data peribadi dan/atau data peribadi sensitif milik individu lain, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka terlebih dahulu sebelum mengemukakan data tersebut kepada kami.

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Maklumat Mengenai Kanak-kanak

Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, anda diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga atau individu yang mempunyai tanggungjawab keibubapaan ke atas anda sebelum mengemukakan data peribadi dan data peribadi sensitif anda kepada kami.

Apakah Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif yang Kami Kumpul?

Apabila kami merujuk kepada “data peribadi dan data peribadi sensitif” dalam Notis Privasi ini, ia bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh dikenal pasti, sebagaimana ditakrifkan di bawah PDPA.

Bagi membolehkan kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda, kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul serta memproses data peribadi dan data peribadi sensitif, sama ada secara langsung daripada anda, melalui interaksi dan hubungan anda dengan kami, ataupun melalui pihak ketiga dan sumber awam, jika berkenaan. Jenis data yang dikumpul termasuk (tetapi tidak terhad kepada) perkara berikut:

A. Untuk Pelanggan / Pelanggan Perniagaan 

  • butiran peribadi (seperti nama, gelaran, umur, nombor MyKad/NRIC, nombor pasport, maklumat untuk dihubungi, alamat e-mel, alamat kediaman, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, status perkahwinan, taraf kerakyatan, tahap pendidikan);
  • data biometrik (seperti imej wajah, cap jari, rakaman suara);
  • maklumat perbankan (seperti debit terus, pembayaran bil berkaitan, dan transaksi perbankan).
     

B. Untuk Rakan Perniagaan dan Pembekal 

  • maklumat hubungan (seperti nama, alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon);
  • maklumat pengenalan (seperti MyKad/NRIC, nombor pasport, nombor pendaftaran cukai, nombor keselamatan sosial, lesen memandu, tarikh lahir);
  • data biometrik (seperti imej wajah, cap jari, rakaman suara);
  • maklumat perniagaan (seperti nama organisasi, jawatan, jabatan, alamat perniagaan, struktur organisasi, pegangan saham, jawatan pengarah);
  • sebarang rakaman komunikasi (seperti rakaman panggilan telefon, Microsoft Teams, Zoom, dan lain-lain);
  • butiran yang terkandung dalam dokumen pendaftaran perniagaan, dokumen ketekunan wajar pihak ketiga, rujukan dagangan dan semakan kredit;
  • butiran kewangan termasuk maklumat akaun bank dan penyata akaun bank.
     

C. Untuk Pelawat ke Premis atau Acara Kami 

  • maklumat hubungan (seperti nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon);
  • maklumat pengenalan (seperti MyKad/NRIC, nombor pasport, dan lain-lain);
  • maklumat perniagaan (seperti nama organisasi, dan sebagainya);
  • tujuan lawatan;
  • tarikh dan masa lawatan;
  • data biometrik (seperti imej wajah, cap jari, rakaman suara);
  • nota keselamatan (arahan khas dan sekatan akses);
  • rakaman gambar dan/atau video melalui kamera litar tertutup (“CCTV”) atau sistem rakaman lain.
     

Adalah wajib bagi anda untuk mengemukakan data peribadi serta menyerahkan salinan dokumen pengenalan bagi tujuan pengesahan sekiranya anda memasuki mana-mana premis kami atau menghadiri acara anjuran kami.

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari 

  • maklumat hubungan (seperti nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon);
  • maklumat pengenalan (seperti MyKad/NRIC, nombor pasport, nombor pendaftaran cukai, tarikh lahir dan lain-lain maklumat pengenalan diri);
  • maklumat demografi (seperti julat umur, status perkahwinan, jantina, dsb.);
  • maklumat kewangan (seperti pendapatan ibu bapa, pendapatan benefisiari, nama dan nombor akaun bank, dsb.);
  • maklumat pendidikan (seperti bidang pengajian, universiti, negara pengajian, pencapaian akademik, pensijilan profesional, dsb.);
  • maklumat pekerjaan (seperti nama majikan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, jawatan, tempoh perkhidmatan, dsb.);
  • sebarang gambar atau rakaman video yang dihantar kepada Boost (seperti gambar profil, penyertaan pertandingan, dsb.).
     

Bilakah Kami Mengumpul Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?

Kami mungkin mengumpul atau memperoleh data peribadi dan data peribadi sensitif anda dalam keadaan berikut: 

A. Untuk Pelanggan / Pelanggan Perniagaan 

  • apabila anda memohon akses kepada produk dan/atau perkhidmatan kami serta menggunakannya (termasuk melalui pusat panggilan, pengedar dan saluran jualan kami);
  • apabila anda menghubungi kami atau mendaftar untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk dan/atau perkhidmatan kami atau untuk apa-apa tujuan lain;
  • apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui khidmat pesanan ringkas “SMS”, mesej teks atau saluran digital lain, whatsapp, e-mel, soal selidik atau tinjauan);
  • apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan aplikasi digital kami, melayari platform/laman web atau halaman media sosial kami;
  • apabila anda menyertai sebarang acara promosi, insentif atau program kesetiaan kami;
  • apabila anda mengemukakan dokumen pengenalan anda dalam interaksi dengan kami;
  • apabila anda berinteraksi dengan alatan kecerdasan buatan (“AI”), chatbot atau teknologi automasi lain bagi tujuan sokongan, pertanyaan atau perkara berkaitan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • daripada agensi luaran (seperti agensi rujukan kredit, agensi saringan atau siasatan);
  • daripada pangkalan data dalaman kami hasil hubungan anda dengan mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat berkaitan Boost dan Axiata Group Berhad (“Kumpulan Boost”) serta RHB Bank Berhad.
     

B. Untuk Rakan Perniagaan dan Pembekal 

  • apabila anda memohon untuk didaftarkan sebagai rakan niaga atau pembekal serta apabila anda menggunakan aplikasi digital, sistem, produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui SMS, mesej teks atau saluran digital lain, whatsapp, e-mel, soal selidik atau tinjauan);
  • apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan aplikasi digital kami, melayari platform/laman web atau halaman media sosial kami;
  • apabila anda berinteraksi dengan alatan kecerdasan buatan (“AI”), chatbot atau teknologi automasi lain bagi tujuan sokongan, pertanyaan atau perkara berkaitan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • daripada agensi luaran (seperti agensi rujukan kredit, agensi saringan atau siasatan);
  • daripada pangkalan data dalaman kami hasil hubungan anda dengan mana-mana ahli Kumpulan Boost.
     

C. Untuk Pelawat ke Premis atau Acara Kami

  • apabila anda mendaftar dalam buku log pelawat atau menyerahkan borang kemasukan pelawat;
  • apabila anda mengemukakan dokumen pengenalan;
  • apabila anda memberikan maklumat kepada tuan rumah yang anda lawati;
  • melalui sistem CCTV atau sistem rakaman lain di premis kami.
     

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari 

  • apabila anda menyerahkan permohonan secara dalam talian untuk produk dan/atau perkhidmatan, atau menyertai program atau acara anjuran kami;
  • apabila anda menghubungi kami atau mendaftar untuk maklumat berkaitan acara, produk dan/atau perkhidmatan kami atau bagi apa-apa tujuan lain;
  • apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui SMS, mesej teks atau saluran digital lain, whatsapp, e-mel, soal selidik atau tinjauan);
  • apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan aplikasi digital kami, melayari platform/laman web atau halaman media sosial kami;
  • apabila anda berinteraksi dengan alatan kecerdasan buatan (“AI”), chatbot atau teknologi automasi lain bagi tujuan sokongan, pertanyaan atau perkara berkaitan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • daripada agensi luaran (seperti penganjur acara, rakan perniagaan, pengangkut, penyedia penginapan dan pembekal berkaitan acara lain);
  • daripada pangkalan data dalaman kami hasil hubungan anda dengan mana-mana ahli Kumpulan Boost;
  • melalui sistem CCTV apabila anda berada di premis atau acara kami;
  • melalui gambar dan/atau rakaman video acara.
     

E. Daripada Interaksi dengan Teknologi dan Pihak Ketiga

(a) Maklumat yang dikumpul melalui teknologi, contohnya:

  • maklumat daripada anda, termasuk tetapi tidak terhad apabila anda berinteraksi dengan kemudahan di premis kami (contohnya Wi-Fi), jenis pelayar web, alamat Protokol Internet (IP), nama domain, profil pengguna, dan/atau cap masa tarikh/lawatan anda; serta bagi telefon mudah alih, pengecam peranti unik;
  • maklumat daripada penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi pihak ketiga, dengan persetujuan anda, yang mungkin termasuk kandungan profil atau jenis data peribadi lain;
  • data daripada Cookies dan Unique Resource Locator (URL) mengenai tarikh dan masa lawatan anda serta maklumat yang anda cari dan lihat. Kami mungkin menggunakan Cookies sesi (yang tamat apabila pelayar ditutup) dan Cookies berterusan (yang kekal sehingga dipadamkan). Cookies ini membantu memberikan pengalaman yang lebih diperibadikan;
  • maklumat daripada teknologi yang setara dengan telefon mudah alih, termasuk pengecam peranti unik, untuk merekod tarikh, masa, carian dan maklumat tontonan berkaitan penggunaan telefon anda;
  • maklumat tentang cara anda menggunakan platform/perkhidmatan melalui perkhidmatan analitik pihak ketiga (seperti Android ID, Google Analytics atau Google Adsense) yang mungkin menggunakan Cookies untuk mengumpul data seperti laman yang dilawati, alamat IP, cap masa dan laman rujukan;
  • maklumat yang dikumpul di premis kami, seperti rakaman CCTV.
     

(b) Maklumat daripada penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau sumber sah lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan kongsi, pelanggan, majikan, pemegang akaun bersama, wakil yang dibenarkan, persatuan industri/kewangan, agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, agensi penguatkuasaan undang-undang, peruncit, rangkaian sosial atau organisasi lain.

(c) Maklumat daripada Agensi Pelaporan Kredit/Biro Kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (“CCRIS”), CTOS Data System Sdn. Bhd. (“CTOS”), Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Experian”), atau agensi pelaporan kredit berdaftar lain di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (“CRA”) bagi tujuan penilaian kredit atau perdagangan.

Bagaimanakah Kami Menggunakan atau Memproses Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?

Data peribadi dan data peribadi sensitif anda mungkin digunakan atau diproses bagi tujuan berikut:

A. Untuk Pelanggan, Pelanggan Perniagaan, Rakan Perniagaan dan Pembekal 

  • menghantar mesej perkhidmatan berkaitan langganan atau pendaftaran akaun anda;
  • menghantar e-mel aluan serta mengesahkan pemilikan alamat e-mel yang diberikan ketika pendaftaran akaun;
  • menghantar notifikasi pentadbiran, seperti nasihat keselamatan, sokongan atau penyelenggaraan;
  • menjawab pertanyaan atau permintaan anda;
  • menghubungi atau berinteraksi dengan anda melalui alatan kecerdasan buatan (“AI”), chatbot, whatsapp atau teknologi automasi lain berkaitan pertanyaan, permohonan atau minat anda terhadap perkhidmatan kami, termasuk bagi tujuan pengesahan, penilaian kelayakan atau tujuan lain yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • memudahkan penciptaan akaun serta melindungi keselamatan akaun anda pada aplikasi dan/atau sistem digital kami;
  • mengenal pasti anda sebagai pengguna dalam sistem kami;
  • memproses, memudahkan, menawarkan, mentadbir dan/atau menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk kemas kini perkhidmatan, mesej perkhidmatan berkaitan langganan, penyempurnaan permohonan dan/atau pendaftaran akaun;
  • meningkatkan pentadbiran, penggunaan dan sokongan terhadap produk serta perkhidmatan kami termasuk aktiviti berkaitan pembangunan produk dan/atau perkhidmatan;
  • mengemaskini, menyatukan serta meningkatkan ketepatan rekod dan data transaksi kami;
  • menghasilkan data, laporan dan statistik;
  • meningkatkan dan menyesuaikan pengalaman anda dengan produk serta perkhidmatan kami;
  • meningkatkan dan menyesuaikan pengalaman anda apabila berinteraksi dengan platform/laman web serta produk dan perkhidmatan kami;
  • mengurus serta mengekalkan hubungan anda dengan kami, termasuk urusan komersial dan transaksi perniagaan;
  • menjejak maklumat khusus pengguna tentang halaman yang diakses atau dilawati;
  • menilai serta meneliti permohonan atau permintaan anda, termasuk menganalisis data transaksi;
  • memproses pembayaran, termasuk penyediaan bil atau laporan, penyimpanan rekod kewangan, pengesahan maklumat kad kredit/debit atau e-dompet, dan memudahkan pembayaran balik atau jumlah yang terhutang;
  • menjalankan pengesahan identiti atau penilaian kedudukan kewangan dan kebolehpercayaan kredit melalui rujukan/semakan/penilaian pelaporan kredit atau kaedah lain yang dibenarkan di sisi undang-undang dan selaras dengan dasar dalaman kami;
  • menjalankan semakan latar belakang yang perlu termasuk pengesahan lesen, kepentingan perniagaan dan jawatan pengarah, rekod litigasi, risiko pematuhan, sejarah sivil dan jenayah, serta senarai sekatan;
  • menjalankan carian terhadap data individu yang diberikan sama ada bagi pihak sendiri atau pihak lain, termasuk maklumat kredit entiti, sekiranya berkaitan dengan rekod mana-mana Agensi Rujukan Kredit berdaftar atau rekod Biro Pusat, Bank Negara Malaysia (“BNM”) (termasuk CCRIS, Sistem Maklumat Cek Tak Laku (“DCHEQS”) atau pangkalan data lain yang ditubuhkan oleh BNM);
  • pematuhan terhadap undang-undang, obligasi kontrak dan/atau keperluan kawal selia;
  • melindungi atau melaksanakan hak dan remedi undang-undang, kontrak dan/atau kawal selia kami termasuk bagi tujuan kutipan hutang;
  • melindungi aset dan kepentingan kami;
  • membantu pencegahan, pengesanan atau penyiasatan jenayah atau aktiviti jenayah serta pentadbiran keadilan;
  • tujuan keselamatan dan audit dalaman;
  • menyediakan produk, perkhidmatan dan/atau tawaran yang mungkin relevan atau menarik minat anda;
  • menyampaikan tawaran, kempen dan promosi terkini (sekiranya anda melanggan kemas kini tersebut);
  • menghantar maklumat melalui panggilan telefon, mesej teks, saluran digital lain, e-mel atau media sosial mengenai produk dan perkhidmatan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda;
  • mempromosikan silang (cross-promote) produk atau perkhidmatan kami dengan produk, perkhidmatan atau tawaran istimewa pihak ketiga;
  • menghantar bahan promosi berkaitan produk serta perkhidmatan kami bagi tujuan pemasaran;
  • memaklumkan anda tentang faedah serta perubahan ciri produk dan perkhidmatan;
  • memaklumkan anda tentang kemas kini kepada produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • tujuan operasi harian dan pentadbiran termasuk pengurusan akaun, pengebilan dan kutipan, audit, pelaporan, siasatan serta pengurusan perniagaan;
  • tujuan pelaksanaan perniagaan yang sah;
  • menggunakan data anda bagi penyertaan dalam kajian kepuasan pelanggan atau mesyuarat;
  • tujuan lain yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda;
  • semua tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan perkara di atas.
     

B. Untuk Pelawat ke Premis atau Acara Kami 

  • tujuan kesihatan, keselamatan dan sekuriti;
  • pematuhan terhadap undang-undang, kontrak dan/atau keperluan kawal selia;
  • melindungi atau melaksanakan hak dan remedi undang-undang, kontrak dan/atau kawal selia kami;
  • tujuan lain yang sah.
     

C. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari

  • permohonan dalam talian bagi produk, perkhidmatan dan proses pendaftaran;
  • proses pemilihan serta pengambilan calon;
  • memahami demografi peserta;
  • perancangan dan pelaksanaan logistik program;
  • sebagai sebahagian daripada iklan dan/atau kemas kini umum di mana-mana platform/laman web;
  • tujuan tapisan keselamatan di premis pihak ketiga;
  • pematuhan terhadap undang-undang, kontrak dan/atau keperluan kawal selia;
  • melindungi atau melaksanakan hak dan remedi undang-undang, kontrak dan/atau kawal selia kami;
  • tujuan penempatan latihan industri;
  • pendaftaran untuk program tambahan (dalaman atau luaran);
  • tujuan lain yang sah.
     

Kepada Siapakah Kami Dedahkan Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?

Kami mungkin mendedahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda kepada pihak-pihak berikut:

A. Untuk Pelanggan / Pelanggan Perniagaan

  • kepada mana-mana ahli Kumpulan Boost bagi tujuan memudahkan dan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan;
  • kepada pihak ketiga apabila pendedahan perlu atau munasabah bagi melindungi hak Boost dan/atau mana-mana ahli Kumpulan Boost, melindungi keselamatan anda, menyiasat penipuan atau memberi maklum balas kepada permintaan penguatkuasaan undang-undang;
  • kepada penyedia perkhidmatan, jurutera lapangan, kontraktor, subkontraktor, Sub-Pemproses (ditakrifkan di bawah) atau mana-mana pihak ketiga lain yang melaksanakan kerja bagi pihak Boost dan/atau mana-mana ahli Kumpulan Boost;
  • kepada rakan niaga untuk tujuan aktiviti pemasaran;
  • kepada pihak ketiga selain agensi pelaporan kredit untuk tujuan seperti penilaian kebolehpercayaan kredit alternatif, pencegahan penipuan dan penyiasatan;
  • kepada pihak ketiga bagi tujuan analitik untuk memahami cara anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • kepada pihak ketiga bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan berkaitan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • kepada pengedar atau ejen Boost dan/atau mana-mana ahli Kumpulan Boost;
  • kepada pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen “Bagaimanakah Kami Menggunakan atau Memproses Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?”.
     

B. Untuk Rakan Perniagaan dan Pembekal

  • kepada mana-mana ahli Kumpulan Boost bagi tujuan memudahkan dan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan;
  • kepada ejen, penyedia perkhidmatan, perunding, penasihat, kontraktor dan/atau subkontraktor pihak ketiga Boost dan/atau mana-mana ahli Kumpulan Boost;
  • kepada mana-mana pihak yang dilantik oleh anda atau bagi pihak anda untuk memproses data peribadi dan data peribadi sensitif (“Sub-Pemproses”);
  • kepada mana-mana pihak berkuasa awam, kerajaan, kawal selia atau fiskal sekiranya perlu untuk mematuhi obligasi undang-undang atau kawal selia yang dikenakan ke atas Boost dan/atau mana-mana ahli Kumpulan Boost atau sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang tempatan;
  • kepada pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen “Bagaimanakah Kami Menggunakan atau Memproses Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?”.
     

C. Untuk Pelawat ke Premis atau Acara Kami
Kami tidak secara rutin berkongsi atau memindahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda dengan organisasi luar atau pihak ketiga. Namun begitu, apabila dan jika pendedahan/pemindahan berlaku, ia mungkin kepada:

  • mana-mana individu yang diwajibkan oleh undang-undang, kontrak, keperluan kerajaan atau kawal selia untuk kami dedahkan;
  • kakitangan yang diberi kuasa, ejen pihak ketiga atau penyedia perkhidmatan sebagaimana perlu untuk memproses data anda;
  • mana-mana penyedia perkhidmatan keselamatan dan kecemasan;
  • pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen “Bagaimanakah Kami Menggunakan atau Memproses Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?”. 
     

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari 

  • kepada rakan logistik untuk perancangan dan pelaksanaan program;
  • kepada rakan niaga bagi simulasi perniagaan dan cabaran;
  • kepada agensi pengangkutan bagi tujuan perjalanan;
  • kepada agensi insurans bagi perlindungan kemalangan peribadi semasa perjalanan;
  • kepada penyedia perkhidmatan platform/laman web bagi pembelajaran dalam talian dan pembangunan diri;
  • kepada vendor kreatif dan media sosial untuk penghasilan montaj program, bahan promosi, siri televisyen, podcast, hantaran media sosial, dan lain-lain;
  • kepada mana-mana ahli Kumpulan Boost;
  • kepada pihak ketiga apabila pendedahan perlu atau munasabah bagi melindungi hak kami, keselamatan anda, menyiasat penipuan atau memberi maklum balas kepada permintaan penguatkuasaan undang-undang;
  • kepada pihak ketiga untuk mengukur keberkesanan program kami;
  • kepada pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen “Bagaimanakah Kami Menggunakan atau Memproses Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?”.
     

Selain itu, kami juga mungkin mendedahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda kepada pihak ketiga berikut untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah:

(a) Penasihat Profesional. Kami mungkin berkongsi data anda dengan penasihat profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada peguam, penasihat cukai, institusi kewangan, juruaudit, broker insurans dan lain-lain.

(b) Agensi Kutipan Hutang / Agensi Kawal Selia / Perunding. Kami mungkin menggunakan atau mendedahkan data anda kepada agensi kutipan hutang, agensi kawal selia atau perunding kami sebagaimana dianggap perlu bagi tujuan penguatkuasaan hak kami di bawah terma dan syarat, pelaksanaan kontrak, perlindungan keselamatan anda, penyiasatan penipuan atau memberi maklum balas kepada permintaan penguatkuasaan undang-undang.

(c) Agensi Pelaporan Kredit / Biro Kredit, Bank dan/atau Institusi Kewangan. Kami mungkin mendedahkan data anda yang diperoleh ketika menggunakan platform/perkhidmatan kami (termasuk yang anda berikan persetujuan di bawah borang/surat kebenaran kredit) kepada agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, bank dan/atau institusi kewangan bagi tujuan penilaian kredit/perdagangan, pengurusan penipuan dan tujuan berkaitan lain.

(d) Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Berkanun dan Agensi Penguatkuasaan Undang-undang. Kami mungkin mendedahkan data anda kepada mana-mana pihak berkenaan di bawah undang-undang.

(e) Biro / Agensi di bawah Bank Negara Malaysia. Kami mungkin mendedahkan data anda (termasuk yang anda berikan persetujuan di bawah borang/surat kebenaran kredit) kepada biro atau agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia seperti CCRIS, CTOS, Experian atau agensi pelaporan kredit berdaftar lain.

(f) Pendedahan Lain. Walaupun anda membuat pilihan tertentu berhubung data anda, kami boleh mendedahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda sekiranya kami percaya dengan niat baik bahawa pendedahan tersebut perlu (i) berkaitan dengan siasatan undang-undang; (ii) mematuhi undang-undang atau waran/saman yang dikenakan ke atas kami; (iii) melindungi atau mempertahankan hak atau harta kami atau pengguna perkhidmatan (iv) menyiasat atau membantu mencegah sebarang pelanggaran undang-undang, Notis Privasi ini atau kontrak dengan anda; (v) bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan; atau (vi) bagi pelaksanaan kontrak yang dimeterai dengan anda.

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah selaras dengan amalan terbaik industri untuk memastikan pihak-pihak yang disebut di atas mengekalkan kerahsiaan data peribadi dan data peribadi sensitif anda, serta dihadkan penggunaannya hanya untuk tujuan yang dibenarkan.

Pemindahan Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif

Kami mungkin memindahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda merentasi sempadan geografi kepada entiti lain. Kemudahan storan teknologi maklumat dan pelayan kami mungkin terletak di bidang kuasa lain di luar Malaysia. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan di mana maklumat anda disimpan pada pelayan yang berlokasi di luar Malaysia. Selain itu, maklumat anda juga mungkin didedahkan atau dipindahkan kepada entiti yang beroperasi di luar Malaysia, khususnya apabila anda mengakses platform kami dari luar Malaysia. Harap maklum bahawa entiti luar tersebut mungkin berada di negara yang tidak mempunyai tahap perlindungan data setara dengan tahap perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang Malaysia. Dengan ini, anda secara nyata memberikan persetujuan kepada kami untuk memindahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda ke luar Malaysia bagi tujuan sedemikian. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan langkah-langkah munasabah diambil agar semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak menggunakan data peribadi dan data peribadi sensitif anda selain bagi tujuan yang dibenarkan, serta memastikan kerahsiaan dan privasi data peribadi anda terpelihara. Sekiranya data anda dipindahkan kepada syarikat bersekutu kami dan/atau pihak ketiga di luar bidang kuasa tempatan, pemindahan tersebut dilakukan dengan langkah organisasi, kontraktual dan perundangan yang sewajarnya, termasuk tahap perlindungan yang mencukupi serta pematuhan keperluan undang-undang tempatan pihak penerima maklumat berkenaan bagi menjamin keselamatan data anda. Kami juga berhak untuk memindahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda sekiranya ia perlu bagi melindungi kepentingan penting anda dan kepentingan awam. Apabila anda menekan pautan (link) atau, dalam hal peranti mudah alih, melakukan tindakan lain yang menghubungkan anda ke platform atau lokasi pihak lain, anda akan meninggalkan perkhidmatan kami dan entiti lain mungkin mengumpul data peribadi, data peribadi sensitif atau maklumat anonim daripada anda. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas, tidak menilai, dan tidak bertanggungjawab terhadap platform luaran atau kandungannya. Oleh itu, Notis Privasi ini tidak terpakai terhadap platform luaran tersebut atau pengumpulan data selepas anda mengakses pautan berkenaan. Sekiranya anda melanggan aplikasi, kandungan atau produk daripada rakan strategik kami dan kemudiannya memberikan data peribadi dan data peribadi sensitif anda secara langsung kepada pihak ketiga tersebut, maklumat itu akan tertakluk kepada notis privasi pihak ketiga berkenaan (jika ada), dan bukan kepada Notis Privasi ini. Kami mengesyorkan anda membaca dan memahami notis privasi di laman web lain bagi mengetahui kaedah pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data mereka sebelum anda menyerahkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda.

Sekiranya data anda dipindahkan kepada mana-mana ahli Kumpulan Boost dan/atau pihak ketiga di luar Malaysia, pemindahan maklumat dilakukan dengan langkah organisasi, kontraktual dan perundangan yang sewajarnya, serta dengan tahap perlindungan mencukupi termasuk pematuhan keperluan undang-undang tempatan pihak penerima maklumat berkenaan untuk melindungi data peribadi dan data peribadi sensitif anda.

Penafian Keselamatan: Tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah storan elektronik yang dijamin 100% selamat. Oleh itu, walaupun kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya. Kami tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang capaian tidak sah, pemintasan atau kehilangan maklumat yang berada di luar kawalan munasabah kami.

Bagaimanakah Kami Menyimpan dan Melindungi Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?

Kami mungkin mengumpul dan menyimpan data peribadi dan data peribadi sensitif anda dalam bentuk elektronik dan/atau fizikal, bergantung kepada keperluan. Maklumat tersebut boleh disimpan di premis kami atau premis pihak ketiga melalui Sistem Teknologi Maklumat (contohnya storan awan luaran, sistem pengurusan dalaman atau pihak ketiga, e-mel, pangkalan data, cakera keras), gudang dokumen, dan lain-lain.

Kami berusaha sedaya upaya, setakat yang praktikal, untuk memproses data peribadi dan data peribadi sensitif anda dalam persekitaran yang selamat dengan menghalang sebarang pemprosesan tanpa kebenaran atau yang menyalahi undang-undang, kehilangan atau kemusnahan secara tidak sengaja, atau kerosakan terhadap maklumat tersebut. Kami telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan fizikal, teknikal dan pentadbiran bagi melindungi data serta sistem kami daripada capaian tidak dibenarkan. Antara langkah yang dilaksanakan termasuk:

  • penyulitan data semasa penghantaran atau apabila disimpan;
  • pematuhan terhadap amalan privasi dan keselamatan;
  • penilaian serta semakan keselamatan secara berkala untuk menambah baik amalan kami;
  • sekatan capaian kepada kakitangan berdasarkan keperluan untuk mengetahui (need-to-know basis).
     

Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Anda?

Kami akan menyimpan data peribadi dan data peribadi sensitif anda hanya untuk tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan ia dikumpulkan. Tempoh penyimpanan maklumat tersebut juga mungkin dipengaruhi oleh keperluan undang-undang yang terpakai.

Dalam semua keadaan, maklumat mungkin disimpan untuk tempoh yang lebih lama sekiranya terdapat sebab undang-undang atau kawal selia untuk berbuat demikian (dalam hal ini ia akan dipadamkan sebaik sahaja tidak lagi diperlukan bagi tujuan undang-undang atau kawal selia tersebut). Tertakluk kepada undang-undang, maklumat juga boleh disimpan untuk tempoh yang lebih singkat sekiranya individu berkenaan membantah pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitifnya. 

Apakah Hak Anda?

Kami menghormati hak dan privasi anda dengan mengambil langkah untuk memastikan data peribadi dan data peribadi sensitif anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan serta dikemas kini. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami memberi jaminan bahawa:

  • anda berhak untuk mengetahui data peribadi dan data peribadi sensitif yang kami miliki mengenai anda;
  • anda berhak untuk meminta salinan data peribadi dan data peribadi sensitif anda;
  • anda berhak untuk membetulkan data peribadi dan data peribadi sensitif anda bagi memastikan ia tepat, lengkap, tidak mengelirukan serta dikemas kini;
  • anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif anda;
  • anda berhak untuk meminta kami mengehadkan penggunaan data peribadi dan data peribadi sensitif anda sekiranya penggunaannya mungkin menyebabkan kerosakan atau kesusahan;
  • anda berhak untuk menghalang pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif anda bagi tujuan pemasaran terus (direct marketing);
  • anda boleh meminta kami mendapatkan serta memindahkan maklumat anda daripada Boost eWallet, Boost Biz Wallet, atau mana-mana akaun yang dipegang dengan Axiata Digital Capital Sdn. Bhd. (“Boost Credit”), atau daripada akaun lain yang dipegang oleh syarikat sekutu kami, untuk digunakan bersama kami sebagai sebahagian daripada perjalanan pengguna bagi penyediaan perkhidmatan. Begitu juga, anda boleh meminta kami memindahkan maklumat anda kepada syarikat lain dan/atau sekutu kami sebagai sebahagian daripada penyampaian perkhidmatan, tertakluk kepada pengesahan bahawa permintaan tersebut benar-benar dibuat oleh anda.
     

Untuk melaksanakan hak anda, sila hubungi kami melalui butiran yang dinyatakan di bawah seksyen “Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?”. Hak ini tidak terpakai terhadap penerimaan komunikasi produk atau perkhidmatan wajib yang merupakan sebahagian daripada produk atau perkhidmatan Boost dan/atau mana-mana ahli Kumpulan Boost, melainkan anda membatalkan atau menamatkan langganan produk atau perkhidmatan berkenaan.

Kami berhak untuk menolak sebarang permintaan yang boleh menjejaskan keselamatan atau privasi maklumat peribadi pihak lain, tidak praktikal atau menyalahi undang-undang, tidak mempunyai maklumat mencukupi, boleh melanggar perintah mahkamah, boleh mendedahkan maklumat komersial sulit, atau mengakibatkan ketidakpatuhan terhadap undang-undang yang berkenaan. Selain itu, adalah penting untuk diperhatikan bahawa maklumat peribadi yang direkodkan oleh sistem mungkin tidak boleh diubah. Apabila kami memadamkan maklumat, ia akan dipadamkan daripada pangkalan data aktif tetapi mungkin kekal dalam arkib kami. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami juga boleh mengekalkan maklumat anda bagi tujuan pencegahan penipuan atau tujuan lain yang diwajibkan oleh undang-undang.

Sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sewajarnya. Kami juga berhak menggunakan budi bicara untuk membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau memerlukan bukti dokumen tambahan mengenai data baharu atau identiti pemohon untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik balik persetujuan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi dan/atau data peribadi sensitif anda, kami mungkin tidak dapat meneruskan penyediaan produk atau perkhidmatan, atau memenuhi obligasi kami kepada anda.

Pemberian Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif Secara Sukarela dan Wajib

Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Notis Privasi ini, pemberian data peribadi dan data peribadi sensitif oleh anda adalah secara sukarela. Kegagalan untuk memberikan data peribadi dan data peribadi sensitif mungkin mengakibatkan kesan seperti yang dihuraikan di bawah seksyen “Akibat Tidak Memberikan Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif”.

Penafian Integriti: Kami berusaha memastikan bahawa semua maklumat peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, terkini dan boleh dipercayai. Ketepatan serta kelengkapan maklumat peribadi anda bergantung kepada butiran yang anda berikan. Melainkan anda memaklumkan sebaliknya, kami akan menganggap maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat, semasa, dan lengkap.

Akibat Tidak Memberikan Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif

Kami mungkin perlu mengumpul data peribadi dan/atau data peribadi sensitif tertentu mengenai anda. Sekiranya anda gagal memberikan maklumat tersebut, ia boleh mengakibatkan:

  • kami menghalang kemasukan anda ke premis kami atau penyertaan anda dalam acara kami;
  • kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau menyediakan produk serta perkhidmatan kami kepada anda;
  • kami tidak dapat memberikan maklum balas terhadap permintaan anda berkaitan produk/perkhidmatan kami;
  • kami tidak dapat memaklumkan anda tentang kemas kini terkini berkaitan promosi, perkhidmatan/produk atau pelancaran baharu kami;
  • kami tidak dapat berkomunikasi dengan anda secara berkesan;
  • kami tidak dapat memeterai kontrak dengan anda atau pihak lain, atau tidak dapat meneruskan kontrak sedia ada;
  • anda tidak dapat menerima jemputan untuk aktiviti promosi yang dianjurkan oleh kami;
  • mengehadkan atau menghalang akses anda kepada ciri-ciri tertentu pada platform/laman web/pautan kami.
     

Dengan mengemukakan data peribadi dan data peribadi sensitif kepada kami, anda dengan ini mengakui bahawa:

Anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini, serta bersetuju dan memberikan kebenaran kepada pemprosesan data peribadi dan data peribadi sensitif anda bagi tujuan yang dinyatakan di dalamnya.

Kemas kini kepada Notis Privasi

Kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan diguna pakai dan menggantikan semua versi terdahulu, termasuk sebarang bahan bercetak. Sila semak laman web kami di https://myboostbank.co/privacy-notice secara berkala untuk mendapatkan versi paling terkini, seperti yang dinyatakan melalui tarikh kemas kini di bahagian atas Notis Privasi ini.

Siapakah yang Boleh Saya Hubungi untuk Maklumat Lanjut?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, amalan privasi kami, atau jika anda ingin melaksanakan hak anda sebagai subjek data, sila hubungi kami melalui:

Jawatan:

Pegawai Privasi Data

E-mel:  

dataprivacy@myboostbank.co


 

Notice: Effective 1 July 2026, the RM1 interbank ATM withdrawal fee will be waived nationwide. Customers can now withdraw cash at participating ATMs nationwide at no extra charge with the Boost Bank Debit Card. The updated PDS will take effect on 7 July 2026 and is now available for your review here.