3 September 2025
Boost Bank And DCAP Digital Partner To Rev Up Fast And Flexible Motor Ownership
BOOST BANK AND DCAP DIGITAL PARTNER TO REV UP FAST AND FLEXIBLE MOTOR OWNERSHIP
Boost Bank is the first digital bank in Malaysia to offer a hire purchase solution for motorbike ownership
The Motorbike Loan is now available for customers to apply at selected motorcycle dealers in collaboration with DCAP Digital
Key features include AI-powered fast approval process, flexible repayments, and a high financing limit
Kuala Lumpur, 3 September 2025 – Boost Bank, Malaysia’s first homegrown digital bank, and DCAP Digital, a full-stack AI-powered Lending-as-a-Service (LaaS) platform, have partnered to launch the Motorbike Loan, leading the way in digital banking innovation by introducing the first digital hire purchase solution for motorbike ownership.
Rolled out as a pilot phase in June 2025, it has seen positive traction since, with strong interest particularly from the underserved segment. Available at selected motorcycle dealers in the country, there are plans to expand the network across Peninsular Malaysia in the coming months.
Eligible applicants can enjoy up to 90% financing for new mopeds (below 250cc), supported by an AI-powered fast approval process that delivers a seamless and hassle-free financing journey. The product features a fixed interest rate of up to 10% per annum, with flexible loan tenures of up to 60 months.
Fozia Amanulla, Chief Executive Officer of Boost Bank, shared, “Across first-time buyers, gig workers, and everyday commuters, mobility is a key enabler of opportunity and livelihood, especially within the underserved segment. With the launch of our Motorbike Loan, we’re addressing a real, everyday need with a digitally accessible solution that removes friction and empowers more Malaysians to move forward, both literally and financially. This partnership with DCAP Digital reflects our shared commitment to innovation with purpose and marks another step in Boost Bank’s journey to expand meaningful financial access for all.”
Wilson Kok, Co-Founder and Chief Risk Officer of DCAP Digital shared, "This collaboration with Boost Bank marks a significant milestone for DCAP Digital as we continue to strengthen our strong footing in the motorcycle ecosystem. Powered by our proprietary AL-driven credit engine, this solution delivers a seamless and accessible financing journey while ensuring fair and responsible lending practices. With our deep expertise in the motorcycle market and commitment to innovation, we are proud to set a new benchmark for mobility financing that empowers more Malaysians to get on the road."
To help customers manage their loans with confidence, repayments are automated via Direct Debit through the Boost Bank app, where customers can track and view their repayment status, as well as access annual e-statements, ensuring complete visibility at every step. The Motorbike Loan also offers full transparency on fees and charges in advance, helping customers plan ahead and make informed decisions on their purchase.
Together, Boost Bank and DCAP Digital are paving the way for Malaysians from all walks of life unlock the path to financial empowerment through accessible, financially inclusive motor ownership.
For more information on the Motorbike Loan, please visit https://link.myboost.co/MotorBikeLoan.
-END-
- Bahasa Melayu -
BOOST BANK DAN DCAP DIGITAL BEKERJASAMA UNTUK MEMACU PEMILIKAN MOTOSIKAL PANTAS DAN FLEKSIBEL
Boost Bank adalah bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan pembiayaan sewa beli untuk pemilikan motosikal
Pembiayaan Motosikal kini boleh dipohon di pengedar motosikal terpilih melalui kerjasama dengan DCAP Digital
Ciri utama termasuk proses kelulusan pantas berkuasa AI, bayaran balik fleksibel, dan had pembiayaan yang tinggi
Kuala Lumpur, 3 September 2025 – Boost Bank, bank digital tempatan pertama di Malaysia, bersama DCAP Digital, sebuah platform Lending-as-a-Service (LaaS) sepenuhnya yang dikuasakan AI, telah bekerjasama memperkenalkan Pembiayaan Motosikal, sebuah penyelesaian sewa beli digital pertama untuk pemilikan motosikal di Malaysia.
Sejak pelaksanaan fasa perintis pada Jun 2025, produk pembiayaan ini menunjukkan daya tarikan pasaran yang memberangsangkan, terutama dalam kalangan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Pembiayaan Motosikal ini kini ditawarkan melalui pengedar motosikal terpilih, dengan peluasan rangkaian dirancang ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh terdekat.
Pemohon yang layak boleh mendapat pembiayaan sehingga 90% bagi moped baharu (bawah 250cc), disokong oleh proses kelulusan pantas berkuasa AI memberikan pengalaman pembiayaan yang lancar dan tanpa kerumitan. Produk ini menawarkan kadar faedah tetap sehingga 10% setahun, dengan tempoh pembiayaan fleksibel sehingga 60 bulan.
Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank berkata, “Bagi pembeli kali pertama, pekerja gig, dan penunggang harian, mobiliti adalah pemangkin utama kepada peluang dan mata pencarian, khususnya dalam segmen yang kurang dapat perkhidmatan kewangan. Dengan pelancaran Pembiayaan Motosikal ini, kami memenuhi keperluan harian yang nyata melalui penyelesaian digital yang mudah diakses, yang melicinkan proses pembiayaan dan memberi lebih ramai rakyat Malaysia peluang untuk maju ke hadapan, sama ada dari segi mobiliti mahupun kewangan. Kerjasama dengan DCAP Digital mencerminkan komitmen bersama kami terhadap inovasi berteraskan tujuan, dan menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan Boost Bank untuk memperluas akses kewangan yang bermakna untuk semua.”
Wilson Kok, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Risiko DCAP Digital berkata, “Kerjasama dengan Boost Bank adalah pencapaian penting untuk DCAP Digital ketika kami terus memperkukuh kedudukan dalam ekosistem motosikal. Disokong oleh enjin kredit berkuasa AI kami, penyelesaian ini menawarkan pengalaman pembiayaan yang lancar dan mudah diakses sambil memastikan amalan pembiayaan yang adil dan bertanggungjawab. Dengan kepakaran mendalam dalam pasaran motosikal serta komitmen terhadap inovasi, kami berbangga dapat menetapkan penanda aras baharu dalam pembiayaan mobiliti yang memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki motosikal dan meningkatkan mobiliti harian mereka.”
Untuk membantu pelanggan mengurus pinjaman dengan yakin, bayaran balik dibuat secara automatik melalui Direct Debit di aplikasi Boost Bank. Pelanggan boleh menjejak dan melihat status bayaran balik serta mengakses e-penyata tahunan, memberi gambaran jelas di setiap langkah. Pembiayaan Motosikal ini turut menawarkan ketelusan sepenuhnya mengenai fi dan caj dari peringkat awal, membantu pelanggan merancang kewangan dan membuat keputusan pembelian dengan lebih baik.
Boost Bank dan DCAP Digital bersama-sama membuka laluan bagi rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk mencapai keupayaan kewangan melalui pemilikan motosikal yang lebih mudah, pantas dan inklusif.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pembiayaan Motosikal, sila layari https://link.myboost.co/MotorBikeLoan.
-TAMAT-
Notice: In conjunction with the enforcement of the Hire-Purchase (Amendment) Act (HPAA), the Bank announces a Goodwill Discount for Early Settlement of Existing HP Agreements.
Click here for more info.