19 September 2024
Boost Bank Launches SME Financing Solutions To Power Malaysia's Business Growth
Boost Bank Sets New Benchmark by Being the First Digital Bank to Offer Financing for SMEs and MSMEs in Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 September 2024 – Boost Bank, a homegrown digital bank, announced the upcoming launch of its SME Financing services in early October. Featuring two key financial products: Term Loan and Revolving Credit, this marks a significant milestone for Boost Bank as it becomes the first digital bank in Malaysia to offer financial solutions specifically designed for local businesses. This underscores Boost Bank’s commitment in driving financial empowerment and inclusivity for both SMEs and MSMEs across the nation.
Boost Bank’s SME Financing solutions offer a seamless application process with minimal documentation, no hidden fees, and loan amounts from RM50,000. With fast loan processing, businesses can receive timely access to capital when it is needed most. These loans are also designed to provide flexible financial solutions that cater to the diverse needs of Malaysian SMEs to grow and thrive.
The Term Loan facility offers a tenure of up to 36 months, with no early settlement fees—allowing businesses to effectively manage their cash flow. Flexible repayment options ensure that businesses can repay early, without any penalty, whenever it suits their business cycle. The Revolving Credit facility provides swift access to funds, empowering businesses to quickly respond to opportunities and challenges with financial confidence. This product is designed to adapt to the unique financial needs of each SME, rather than a one-size-fits-all approach.

Fozia Amanulla, CEO of Boost Bank, highlighted: “At Boost Bank, we are on a mission to transform financial inclusion and spark lasting impact for Malaysia’s underserved communities. By harnessing cutting-edge digital innovation and our dynamic fintech ecosystem, we’re not just offering financial products—we’re building a platform that empowers SMEs to break through barriers and unlock their true potential. Our SME Financing solutions are designed to be swift, flexible, and accessible, giving small businesses the crucial boost they need to thrive and fuel their success across the nation

Sheyantha Abeykoon, Group CEO of Boost said: “As we continue to build the foundation for a fully integrated digital financial ecosystem, the launch of our SME Financing solutions marks a pivotal moment in our journey. SMEs are not just the backbone of Malaysia’s economy; they are the engine of innovation, growth, and resilience. At Boost, we believe in empowering businesses through digital innovation, and this initiative is a testament to our ongoing commitment to fostering financial inclusivity and sustainable growth for the underserved sectors of the economy. This is not just about providing loans, but about partnering with SMEs to fuel their long-term success and contribute to Malaysia’s broader economic transformation.”
Building on five years of expertise developed through Boost Credit, Boost Bank's financing business will be seeded with a portfolio of more than RM120 million in loans from Boost Credit. This solid foundation positions Boost Bank to offer even more comprehensive solutions tailored to the needs of local businesses.
Businesses looking to explore Boost Bank’s SME Financing solutions are encouraged to register their interest here. Boost Bank will assess applications based on specific criteria, and eligible customers will be contacted directly to discuss financing opportunities tailored to their needs. Self-registration will be available in the coming months.
For more info, please visit https://myboostbank.co/business/financing
- Bahasa Melayu -
BOOST BANK LANCARKAN PENYELESAIAN PEMBIAYAAN PKS UNTUK MEMPERKASA PERTUMBUHAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Boost Bank letak penanda aras baharu dengan menjadi bank digital pertama yang menawarkan pembiayaan bagi PKS dan perusahaan mikro di Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 September 2024 – Bank digital tempatan, Boost Bank mengumumkan pengenalan perkhidmatan Pembiayaan PKS baharu yang akan dilancarkan pada awal bulan Oktober. Boost Bank bakal menampilkan dua produk pembiayaan utama: Pinjaman Berjangka (Term Loan) dan Kredit Pusingan (Revolving Credit), ini sekaligus merupakan penanda aras penting bagi Boost Bank dalam usahanya untuk menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian kewangan dengan penyesuaian khas yang direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan tempatan. Ini memperkukuh komitmen Boost Bank dalam memacu pemerkasaan kewangan dan keterangkuman bagi PKS dan perusahaan mikro di seluruh negara.
Penyelesaian Pembiayaan PKS Boost Bank menawarkan proses permohonan mudah yang melibatkan hanya dokumentasi minimum, tiada yuran tersembunyi dan jumlah pembiayaan dari RM50,000. Dengan proses pembiayaan yang pantas, perniagaan boleh mendapatkan modal dalam masa yang singkat, terutamanya pada waktu yang amat diperlukan. Pembiayaan ini turut direka untuk menyediakan penyelesaian kewangan fleksibel yangrang yuran penyelesaian awal — ini membolehkan perniagaan menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih cekap. Pilihan pembayaran balik yang fleksibel pula memastikan perniagaan boleh membuat bayaran balik lebih awal, tanpa dikenakan sebarang denda dan pada bila-bila masa yang bersesuaian dengan kitaran perniagaan mereka. Kemudahan Kredit Pusingan pula menyediakan akses pantas kepada dana, memperkasakan perniagaan untuk bertindak balas secepatnya terhadap peluang dan cabaran dengan keyakinan kewangan. Produk ini direka untuk disesuaikan ke atas keperluan kewangan unik setiap PKS, dan bukan berdasarkan pendekatan seragam.
Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla berkata: “Di Boost Bank, misi kami adalah untuk mengubah keterangkuman kewangan dan menyuntik kesan berpanjangan bagi komuniti yang kurang mendapat akses atau tanpa akses kepada perkhidmatan kewangan di Malaysia. Dengan memanfaatkan inovasi digital serta ekosistem teknologi kewangan, kami tidak sekadar menawarkan produk kewangan—kami sedang mencipta sebuah platform yang memperkasakan PKS di Malaysia untuk mengatasi halangan serta melonjakkan potensi sebenar mereka. Penyelesaian Pembiayaan PKS kami direka untuk menjadi pantas, fleksibel, dan mudah diakses, memberikan perniagaan kecil dorongan penting yang mereka perlukan untuk memacu kejayaan mereka di seluruh negara.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon pula berkata: “Dalam usaha berterusan kami untuk membina asas bagi ekosistem kewangan digital bersepadu, pengenalan penyelesaian Pembiayaan PKS kami ini menandai satu detik penting dalam perjalanan tersebut. PKS bukan sahaja merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia, tetapi juga merupakan enjin inovasi, pertumbuhan dan juga daya tahannya. Di Boost, kami mempercayai pemerkasaan peniagaan melalui inovasi digital, dan usaha ini adalah bukti komitmen kami untuk memupuk keterangkuman kewangan serta kemapanan pertumbuhan bagi sektor ekonomi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Ini bukan sekadar menyediakan pembiayaan, tetapi juga menjadi rakan kongsi kepada PKS untuk memacu kejayaan jangka panjang mereka dan menyumbang kepada transformasi ekonomi Malaysia yang lebih luas.”
Berdasarkan kepakaran yang telah dibangunkan selama lima tahun melalui Boost Credit, perniagaan pembiayaan Boost Bank akan bermula dengan portfolio pembiayaan melebihi RM120 juta daripada Boost Credit. Asas yang kukuh ini membolehkan Boost Bank menawarkan lebih banyak penyelesaian komprehensif khusus dengan keperluan perniagaan tempatan.
Perniagaan yang ingin meneroka penyelesaian Pembiayaan PKS Boost Bank digalakkan untuk mendaftar minat mereka di sini. Boost Bank akan menilai setiap permohonan berdasarkan kriteria yang spesifik, dan pelanggan yang layak akan dihubungi untuk berbincang tentang peluang pembiayaan yang khusus untuk keperluan mereka. Pendaftaran sendiri akan disediakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myboostbank.co/business/financing
Notice: Effective 1 July 2026, the RM1 interbank ATM withdrawal fee will be waived nationwide. Customers can now withdraw cash at participating ATMs nationwide at no extra charge with the Boost Bank Debit Card. The updated PDS will take effect on 7 July 2026 and is now available for your review here.