2 October 2024
Boost Bank Celebrates Boost's Birthday With 5% p.a.* Daily Interest Rate
BOOST BANK CELEBRATES BOOST’S BIRTHDAY WITH 5% p.a.* DAILY INTEREST RATE
- Malaysians will benefit from the high interest rate via the Boost Birthday Jar on Boost Bank
- East Malaysians can also enjoy the same 5% p.a.* daily interest rate with four supermarket and hypermarkets in Sabah and Sarawak.
- Boost Bank also introduces its much-anticipated Boost Bank debit card with RM10 cashback and zero annual fee*

KUALA LUMPUR, 1 October 2024 – To celebrate Boost’s 7th birthday, Boost Bank by Axiata and RHB (Boost Bank), a homegrown digital bank, is rewarding all Malaysians with a 5% p.a.* daily interest rate through the Boost Birthday Jar. This special offer allows customers to enjoy rewarding savings throughout the month of October. Additionally, East Malaysians can take advantage of the same 5% p.a* daily interest rate through Boost Bank's partnerships with four top supermarkets and hypermarkets: Bataras Sdn. Bhd., CKS RETAIL Sdn. Bhd., FARLEY (KCH) Sdn. Bhd., and Servay Hypermarket Sdn. Bhd.
From 1st October to 31st October, simply open a Boost Bank account and put money into the Birthday Jar to enjoy the interest rate and users can also earn up to 70 million Boost Stars! East Malaysians that shop at the four participating grocers can also enjoy the 5% p.a.* daily interest rate by making a minimum monthly transaction of RM50 through the Boost eWallet app. Customers will also benefit from lower prices on essential goods when they shop with RM5 cashback.

Boost Bank has also introduced its highly anticipated debit card, powered by Payments Network Malaysia (PayNet) and Mastercard, which allows users to make transactions at over 100 million locations worldwide. As part of a special promotion, customers who order the physical Boost Bank Debit Card between now and 31st December 2024 will receive RM10 cashback and enjoy zero annual fees* for the first year. The card can be conveniently ordered via the Boost Bank app under the ‘Cards’ tab and will be delivered for free.
Fozia Amanulla, CEO of Boost Bank, said: “We are excited to announce a new wave of strategic partnership promotions for our digital bank, aimed at delivering meaningful benefits tailored specifically to the people of Sabah and Sarawak. By collaborating with renowned supermarkets across East Malaysia, we’re bringing our digital banking solutions closer to where our customers need them most. Staying true to our mission of empowering the underserved, we are proud to offer an exclusive 5% p.a. daily interest rate and RM5 cashback on groceries that not only support the everyday lives of Malaysians but also encourage smarter shopping and greater savings for the rakyat. With the strong backing of PayNet’s national payments network and cutting-edge financial infrastructure—including DuitNow QR and DuitNow Online Banking—users can enjoy a seamless, secure, and convenient digital banking experience.”
Sheyantha Abeykoon, Group CEO of Boost, added: “As we celebrate our 7th birthday this year, we are thrilled to reward our users with the 5% p.a.* daily interest rate through the Boost Birthday Jar, adding even more value for users during this celebration. East Malaysia has always been a stronghold for our eWallet business, and we are delighted to extend our exclusive digital bank offerings to loyal customers through our trusted partners. With the support of our extensive partner network, we aim to bridge the offline-to-online customer experience, accelerate the adoption of digital banking among Malaysians, and better serve the unbanked and underbanked segments. Our ultimate goal is to unlock the full potential of embedded banking by seamlessly integrating technology into the everyday lives of Malaysians.”
Azrul Fakhzan Bin Mainor, Senior Director, Commercial Division of PayNet, said: "PayNet is committed to enhancing digital commerce nationwide, where key regions such as Sabah and Sarawak have significant potential for deeper digital engagement. Through this partnership with Boost Bank, we aim to empower more businesses and consumers with seamless, secure, and inclusive payment solutions. With over 2,000,000 merchants already onboarded across Malaysia, we look forward to expanding QR payment touchpoints and fostering greater financial inclusion in East Malaysia."
To activate the RM5 cashback, users can redeem this via the respective redemption codes*:
• “BOOSTSERVAY” for Servay Hypermarket SDN. BHD.,
• “BOOSTBATARAS for Bataras SDN. BHD
• “BOOSTCKS” for CKS RETAIL SDN. BHD
• “BOOSTFARLEY” for FARLEY (KCH) SDN. BHD.
These efforts will also be reinforced by a series of roadshows within partnered stores across Sabah and Sarawak throughout the next few months to educate users and cultivate healthy saving habits. For more info, please visit www.myboostbank.co
- Bahasa Melayu -
BOOST BANK RAIKAN ULANG TAHUN BOOST DENGAN MENAWARKAN KADAR FAEDAH HARIAN 5% p.a.*
- Rakyat Malaysia boleh menikmati kadar faedah tinggi melalui Boost Birthday Jar di Boost Bank
- Penduduk Malaysia Timur juga boleh menikmati kadar faedah harian 5% p.a.* yang sama di empat pasar raya dan pasar raya besar utama di Sabah dan Sarawak
- Boost Bank turut memperkenalkan kad debit Boost Bank yang dinanti-nantikan dengan RM10 cashback dan tanpa yuran tahunan*

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2024 – Sempena sambutan ulang tahun Boost yang ke-7, bank digital tempatan Boost Bank oleh Axiata dan RHB (Boost Bank), menawarkan ganjaran eksklusif kadar faedah harian 5% p.a.* kepada semua rakyat Malaysia melalui Boost Birthday Jar. Tawaran istimewa ini membolehkan pelanggan menikmati simpanan yang menguntungkan sepanjang bulan Oktober. Selain itu, penduduk Malaysia Timur juga boleh menikmati kadar faedah harian 5% p.a.* yang sama melalui kerjasama Boost Bank dengan empat pasar raya dan pasar raya besar utama: Bataras Sdn. Bhd., CKS RETAIL Sdn. Bhd., FARLEY (KCH) Sdn. Bhd., dan Servay Hypermarket Sdn. Bhd.
Dari 1hb sehingga 31hb Oktober, pengguna hanya perlu buka akaun Boost Bank dan masukkan wang ke dalam Birthday Jar untuk menikmati kadar faedah tersebut. Pengguna juga berp
eluang mengumpul sehingga 70 juta Boost Stars! Penduduk Malaysia Timur yang membeli-belah di empat rakan pasar raya dan pasar raya besar turut boleh menikmati kadar faedah harian 5% p.a.* dengan membuat transaksi minimum bulanan sebanyak RM50 melalui aplikasi eDompet Boost. Pelanggan juga akan menikmati harga barangan keperluan yang lebih rendah dengan RM5 cashback.

Boost Bank turut memperkenalkan kad debit yang dinanti-nantikan, dikuasakan oleh Payments Network Malaysia (PayNet) dan Mastercard. Kad debit ini membolehkan pengguna membuat transaksi di lebih 100 juta lokasi di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa, pelanggan yang menempah Kad Debit Boost Bank fizikal dari sekarang hingga 31 Disember 2024 akan menerima RM10 cashback dan menikmati pengecualian yuran tahunan* untuk tahun pertama. Kad ini boleh ditempah dengan mudah melalui aplikasi Boost Bank di bawah tab ‘Kad’ dan akan dihantar secara percuma.
Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, berkata: “Kami teruja untuk mengumumkan rangkaian promosi kerjasama strategik terbaru di bank digital kami, bertujuan membawa manfaat yang bermakna dan direka khas untuk masyarakat di Sabah dan Sarawak. Melalui kolaborasi dengan pasar raya dan pasar raya besar terkemuka di serata Malaysia Timur, kami menawarkan solusi perbankan digital yang paling dekat di hati pelanggan. Berpegang setia kepada misi kami untuk memberdayakan golongan yang kurang menerima akses perkhidmatan kewangan selama ini, kami berbangga untuk menawarkan kadar faedah harian eksklusif sebanyak 5% p.a. dan RM5 cashback untuk pembelian barang keperluan. Inisiatif sebegini bukan sahaja memudahkan kehidupan harian penduduk Malaysia, tetapi juga menggalakkan perbelanjaan pintar dan penjimatan lebih besar untuk rakyat. Dengan sokongan kukuh rangkaian pembayaran nasional PayNet dan infrastruktur kewangan terkini—termasuk DuitNow QR dan DuitNow Online Banking—pengguna dapat menikmati pengalaman perbankan digital yang lancar, selamat, dan mudah.”
Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, menambah: “Sempena sambutan ulang tahun kami yang ke-7 tahun ini, kami teruja untuk memberi ganjaran kepada para pengguna dengan kadar faedah harian 5% p.a.* melalui Boost Birthday Jar, sekali gus memberikan lebih nilai kepada pengguna sepanjang sambutan ini. Malaysia Timur ialah pasaran utama perniagaan eDompet kami untuk sekian lama, dan kami berbesar hati untuk melanjutkan tawaran perbankan digital eksklusif kepada pelanggan setia dengan kerjasama rakan kerja yang dipercayai. Dengan sokongan jaringan rakan kerja yang luas, kami berhasrat merapatkan jurang antara pengalaman pelanggan di luar dan dalam talian, memesatkan penggunaan perbankan digital oleh penduduk Malaysia, dan memenuhi keperluan lapisan masyarakat tanpa akses mahupun kurang akses kepada perkhidmatan perbankan. Matlamat utama kami adalah untuk menggilap potensi sebenar perbankan ‘embedded’ melalui integrasi teknologi yang disuaikan dengan kehidupan harian penduduk Malaysia.”
Azrul Fakhzan, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial PayNet, berkata: "PayNet komited untuk mempertingkatkan perdagangan digital di seluruh negara, di mana kawasan-kawasan utama seperti Sabah dan Sarawak mempunyai potensi besar untuk penglibatan digital yang lebih mendalam. Melalui kerjasama bersama Boost Bank, kami berhasrat untuk memperkasakan lebih banyak perniagaan dan pengguna dengan penyelesaian pembayaran yang lancar, selamat, dan inklusif. Dengan lebih daripada 2,000,000 peniaga yang telah menyertai rangkaian kami di seluruh Malaysia, kami berharap untuk mengembangkan titik sentuh pembayaran QR dan memupuk keterangkuman kewangan yang lebih meluas di Malaysia Timur."
Untuk mengaktifkan RM5 cashback, pengguna boleh menebusnya menggunakan kod-kod penebusan* berikut:
• “BOOSTSERVAY” untuk Servay Hypermarket Sdn. Bhd.
• “BOOSTBATARAS untuk Bataras Sdn. Bhd.
• “BOOSTCKS” untuk CKS RETAIL Sdn. Bhd.
• “BOOSTFARLEY” untuk FARLEY (KCH) Sdn. Bhd.
Promosi ini akan diperhebatkan dengan siri jerayawara di cawangan rakan-rakan kerja di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat, bertujuan mendidik pengguna dan menggalakkan tabiat penjimatan yang sihat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myboostbank.co.
Notice: Effective 1 July 2026, the RM1 interbank ATM withdrawal fee will be waived nationwide. Customers can now withdraw cash at participating ATMs nationwide at no extra charge with the Boost Bank Debit Card. The updated PDS will take effect on 7 July 2026 and is now available for your review here.